Friday, June 19, 2009

Unity Goverment...

Ini adalah link youtube temubual TGHHadi tentang UG/kerajaan perpaduan di UK bebaru ni:


Fahamilah...

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong

Salam,

    Adun Bkt Lanjan ni pula menjadi mangsa mainan politik kotor dan biadap! Pencerobohan peribadi beliau merupakan satu perbuatan keji oleh sehina-hina manusia. Cara seseorang tidur itu adalah hak dia, nak telanjang ke, nak berselubung ke, hak dia, yang sikeji ni pergi tangkap gambar dan sebarkan itu yang bersalah. Seks sebelum perkahwinan, usahlah kita persoalkan moral beliau dgn membandingkan beliau dengan hukum Islam sebab beliau bukan Islam. Samada dia mengikut ajaran agama lain yang juga mengklasifikasikan perbuatan beliau itu sebagai tidak bermoral adalah lain. Bagi dia agama dia, dan bagi kita agama kita! 

   Letak jawatan? buat apa? Seseorang pemimpin jika dia baik dan tidak zalim pada rakyat, itu sudah mencukupi. Hal peribadi beliau adalah hak beliau. Beliau tidak war-warkan akan tetapi manusia keji yang war-warkan. 

  Didalam Islam jika ada 2 pemimpin berciri dibawah utk dipilih, mana lebih utama:

1) Pemimpin tak tinggal solat dan ibadah lain serta berkopiah sentiasa tetapi rasuah, nepotisme, zalim, gelap duit rakyat, culik, rogol dan bom atau...

2) Pemimpin tak solat,tak gi masjid tetapi baik ngan rakyat, meningkatkan kualiti hidup rakyat, tidak rasuah, dan tidak zalim.

Mana satu pilihan anda? 

Thursday, July 10, 2008

Undi Tidak Percaya

Yes! Akhirnya usul undi tidak percaya diusulkan kepada Parlimen. Inilah yang dinantikan oleh saya sejak kes liwat kedua Anwar baru-baru ini. Tindakan ini saya rasakan bijak dan tepat kerana keadaan sekarang Anwar tidak perlu menjadi PM lagi. Cukuplah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Malaysia dan mencantas-bersihkan noda-noda hitam di bahagian kehakiman dan kepolisan. Sesiapa jadi PM pun tak mengapa asalkan dapat menghamparkan landasan untuk "kapalterbang besar" mendarat! Sekarang ini cukuplah "kapalterbang kecil" mendarat dulu.

Saturday, June 28, 2008

Anwar bakal ditangkap?

Teringat masa kecik-kecik dulu abah selalu bercerita tentang kaum-kaum ingkar nabi-nabi dahulu termasuklah kaum Nabi Lut. Juga teringat tentang kesah Nabi Musa yg ingin menjadi sebahagian dari Umat Nabi Muhammad S.A.W. Kenapa Umat akhir zaman ni yang Nabi Musa nak jadi? Sedangkan maksiat dan kemungkaran yg dibuat oleh umat akhir zaman ini cukup banyak seperti homoseksual (liwat), Bohsia-callgirl (pelacuran), Altantuya (pembunuhan), Murtad, Rogol dan sebagainya yg kita boleh berfikir sendiri. Adakah anda ingin menjadi umat akhir zaman atau umat yg terdahulu dimana kemungkaran yg mereka lakukan biasanya satu je tetapi oleh kerana hampir seluruh rakyat terlibat maka bala Allah diturunkan kepada mereka!

Jadi apa kaitan dengan Tajuk kita diatas? Tuduhan yg begitu serius ini hendaklah mempunyai saksi-saksi juga macam tuduhan berdua-duaan dan zina. Jika tak cukup bukti jgnlah digembar-gemburkan. Ini boleh menjatuhkan airmuka yg dituduh. Sebagai seorang muslim kita tidak boleh menerima tuduhan sebegitu tanpa sebarang bukti, ini adalah panduan dari yg Maha Esa. Janganlah kita memandai-mandai nanti badan binasa.

Kita umat akhir zaman ini dah kira beruntung kerana sifir kiraan kita utk masuk syurga adalah berbeza dgn umat-umat terdahulu. Janji kita ikhlas dalam beribadat. Kita juga ada mukjizat yg agung iaitu Al-Quran sebagai panduan hidup.

Sunday, June 8, 2008

Anwar - PM 16 September

Dalam politik kena ada timing...macam main chess, kena ada opening, middle dan end game. middle game yg lama mungkin bole mempercepatkan end game!

Takpe 16 september tak lama... End-game yg pendek je! short and Decisive!

Saturday, March 29, 2008

Just Let Go la Pak Lah!

Surat untuk Pak Lah,

Memegang tampuk pemerintahan sekarang ini adalah umpama mengenggam tali yang penuh berkaca... Lagi lama dipegang, selagi itulah tangan kita terluka dan luka itu makin besar serta makin payah untuk disembuhkan!

Perumpamaan lain adalah mengenggam mawar berduri, memang selagi kita memegang si mawar itu, baunya mengharumkan kita, rupanya mengindahkan kita (media lah yang kata kita harum dan indah itu) tapi selagi itu jugalah tangan kita ditusuk duri....

Jadi lepaskanlah ... Bak kata orang-orang muda putus cinta: "If you love her, let her go"

Monday, March 24, 2008

USAHLAH MEMBALAS DENDAM

Terbangun sahaja saya dari tidur pagi ini, terngiang-ngiang di benak fikiran saya agar ahli politik Barisan Alternatif/Rakyat tidak membalas dendam kepada ahli politik Barisan Nasional. Ahli politik disini membawa maksud semua orang tanpa mengira samada orang itu mengisi borang keahlian atau tidak.

Apa yang kita mahukan adalah agar keadilan, kemakmuran dan kebahagiaan di muka bumi Allah ini. Syurga itu luas, boleh memuatkan seberapa ramai manusia yang ada jadi jadi marilah kita menghulurkan tangan kepada mereka yang kapalnya hampir nak karam itu. Mereka kalah pun disebabkan perancangan Allah lebih baik dari perancangan mereka, bukannya perancangan kita. Mereka kalah pun disebabkan kehendak Allah jua.

Didalam politik sepatutnya kita mempunyai konsep mengurangkan musuh yang ada demi mencapai tujuan murni kita. Apabila musuh sudah menjadi kawan, senanglah sedikit gerak kerja kita. Banyak selok belok yang boleh kita pelajari dari kawan baru kita ini. Tetapi kenalah berhati-hati juga agar tidak tertipu.

Manusia apabila mempunyai kuasa boleh menjadi gila ... Gila kuasa. Adakah kita berani jamin apabila kita sudah berkuasa nanti, kita tidak melakukan perkara yang sama demi mengekalkan kuasa? Sebab itu kita kena selalu memperingatkan diri tentang tujuan perjuangan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar.