Tuesday, March 18, 2008

Anda benci politik?

Saya dah lama nak menulis blog ni tapi pemalasnya la nak menaip. Akan tetapi sejak pilihanraya ke 12 Malaysia ni mulut saya tak henti-henti pot-pet pot-pet memberi ulasan dan telahan kepada kengkawan dan sesiapa saja yg saya temui dimana-mana; Oleh kerana beberapa telahan saya macam nak menjadi je jadi saya rasa best gak kalau start blogging ni.

Apakah telahan saya, anda bertanya? ( macam cakap sorang-sorang dan merepek lak ni) :

1) Pilihanraya akan datang mungkin diadakan seawal-awalnya dlm masa 1 tahun dan paling lewat pun 3 tahun berdasarkan perkembangan terkini yang mana kalau rakyat biasa tak rasa apa-apa ngat tapi bagi ahli politik, beberapa bulan akan datang ni mereka semua tak sedap duduk, adakah nak kekal ngan parti ni ke or melompat ke parti satu lagi... kalau lambat lompat lak, mungkin senioriti atau jawatan kat parti satu lagi tu kena ambik dek org lain. Ya lah, kapal Titanic dah nak karam kena pikir nak stay smp diselamatkan ke, berenang ke kapal satu lagi ke tau tenggelam bersama dan menjadi sejarah. Ada yg tak sedap duduk gak sebab terlampau excited nak memerintah ataupun belum bersedia nak memerintah. Bagi blogger pulak, masa ni idea datang mencurah-curah smpkan org macam saya pun nak try blogging ni.

2) Jika Pak Lah terusan menjadi macam lembu kenyang yg buat dek je bila ditegur dan senang ditarik ke hulu ke hilir oleh khairi, serta Barisan Rakyat berjaya mengoncang pokok BN yg smp beberapa biji kerusi parlimen gugur dan dikutip, maka mungkin gak kerajaan BN akan jatuh lebih awal, dan Anwar dapat jadi Perdana Menteri. Bila dah memerintah, yg paling penting ketika itu adalah memberi maklumat sebenar kepada rakyat yg selama ini dikawal oleh media BN. Hee hee menteri penerangan yg dulu pun dah lembut berkata-kata sekarang, agaknya sebagai persediaan utk berenang la tu kot?

3) Ada banyak lagi telahan saya tapi kemudian sikit la saya taip sebab taip panjang-panjang ni org punya tumpuan mudah terkalih maklumla mudah lupa... :)

No comments: