Monday, March 24, 2008

USAHLAH MEMBALAS DENDAM

Terbangun sahaja saya dari tidur pagi ini, terngiang-ngiang di benak fikiran saya agar ahli politik Barisan Alternatif/Rakyat tidak membalas dendam kepada ahli politik Barisan Nasional. Ahli politik disini membawa maksud semua orang tanpa mengira samada orang itu mengisi borang keahlian atau tidak.

Apa yang kita mahukan adalah agar keadilan, kemakmuran dan kebahagiaan di muka bumi Allah ini. Syurga itu luas, boleh memuatkan seberapa ramai manusia yang ada jadi jadi marilah kita menghulurkan tangan kepada mereka yang kapalnya hampir nak karam itu. Mereka kalah pun disebabkan perancangan Allah lebih baik dari perancangan mereka, bukannya perancangan kita. Mereka kalah pun disebabkan kehendak Allah jua.

Didalam politik sepatutnya kita mempunyai konsep mengurangkan musuh yang ada demi mencapai tujuan murni kita. Apabila musuh sudah menjadi kawan, senanglah sedikit gerak kerja kita. Banyak selok belok yang boleh kita pelajari dari kawan baru kita ini. Tetapi kenalah berhati-hati juga agar tidak tertipu.

Manusia apabila mempunyai kuasa boleh menjadi gila ... Gila kuasa. Adakah kita berani jamin apabila kita sudah berkuasa nanti, kita tidak melakukan perkara yang sama demi mengekalkan kuasa? Sebab itu kita kena selalu memperingatkan diri tentang tujuan perjuangan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar.

No comments: